Thursday, December 4, 2014

Fresh Start

Assalamualaikum hai 


Aku mungkin agak baru dalam blog ni. Banyak bende yang perlu aku pelajari. Masih terkial-kial nak edit blog bagi cantik supaya sedap mata memandang.

Sebagai permulaan, korang boleh panggil aku Zyra Zamri. Aku berusia 21 tahun, dan bakal menjangkau 22 tahun pada tahun 2015. Pada zahir umur aku memang dah boleh kahwin, tapi keluarga tak menggalakkan aku kahwin. Tapi kalau jodoh datang menjemputku awal, aku redha. Ahhh sudah apa aku merepek ni. Oh yea aku masih belajar di sebuah institusi di utara tanah air (akan masuk semester 4). Aku menetap di ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur.

Itu sajalah pengenalan yang penting tentang aku yang baru menghasilkan blog ni. Apa-apa hal yang menarik akan aku kongsikan dan coretkan disini pada lain hari.